Friday, December 17, 2021

Cara Mudah Bayar Zakat Online Dengan GoPayz

Assalamualaikum and hai gais. Entry kali ini aku nak share dengan korang satu kisah yang baru sahaja aku lalui. 

Ikutkan aku sendiri tak tahu nak mulakan cerita ni dari mana. Cuma aku rasa bertuah sebab Allah pilih aku untuk jadi pengantara.

Kisahnya ada seorang kenalan hubungi aku minta bantuan. Masa dia hubungi aku dia baru jer 3 hari pindah rumah. Tapi katanya rumah yang dia dapat masih tak disiapkan sepenuhnya oleh tuan rumah seperti kemudahan asas yang baik seperti lampu, singki dapur, bilik air dan lain-lain yang selayaknya untuk seorang manusia tinggal.





Mereka Tanggungjawab Kita Bersama



Jadi atas dasar tanggungjawab aku ambik keputusan untuk pergi melawat beliau pada malam itu juga. Sampai jer ke rumah sewa beliau , Allahuakbar ! speechless sangat tengok keadaan rumah yang didudukinya. 

Untuk pengetahuan korang semua beliau merupakan seorang ibu tunggal dan mempunyai seorang anak perempuan berusia 11 tahun. 


Beliau pun sekarang masih tidak mampu menguruskan diri apatah lagi nak mengemas serta membersihkan rumah sebab kesihatan fizikal beliau yang tidak berapa baik kerana beliau baru sahaja ditimpa kemalangan yang agak teruk. 


Walaupun beliau masih boleh berjalan tapi masih tak cukup kuat untuk buat kerja2 yang berat. Nak makan takder apa , nak masak pulak takder bahan dan peralatan dapur. 


Sebelum datang pun aku tanya samada dah makan ke belum. Katanya belum. Last anaknya makan pun nasi lemak pagi tadi. Hari-hari sebelumnya pula makan roti sahaja. Nak minum pun takder air. 


Allahu ! 


Pada awalnya aku cuba meminta bantuan beberapa rakan tapi nampaknya ditolak. Mungkin sebab mereka tak kenal siapa. Tapi tak apalah itu pilihan mereka. Aku tak boleh nak paksa. 


Cuma aku tak boleh putus asa untuk mencuba. Aku wasap lagi beberapa rakan lain secara personal. Mana tahu mereka sudi nak bantu. 


Dan Alhamdulillah ada juga yang sudi hulurkan sumbangan untuk beli keperluan dapur dengan segera. 


Dalam pada tu aku juga hubungi Lembaga Zakat Selangor bagi tujuan melaporkan keadaan beliau untuk dibantu dengan kadar segera.


Alhamdulillah pada hari yang sama juga beliau wasap aku dan bagitahu ada pegawai zakat datang melawat dan memberi bantuan segera. Terima kasih pada pegawai LZS yang bertindak. Kisahnya aku ada kongsi di SINI


Nampak tak bertapa pentingnya peranan kita dalam hal ehwal ummah. Sebab tu kita sebagai masyarakat jangan semudah itu berkata "pandai-pandailah pegawai LZS tu nak cari orang miskin atau asnaf untuk dibantu."



Tak yer gais ! setiap dari kita semua ada peranan yang tersendiri. Selain dari jadi pembayar zakat kita juga boleh menjadi mata-mata untuk pusat zakat dan asnaf.. Percayalah masih ramai diluar sana memerlukan bantuan kita.


Aku juga sentiasa updet pekembangan beliau. Alhamdulillah berita terkini yang aku dapat ialah beliau akan didaftarkan sebagai asnaf LZS dan akan dapat bantuan-bantuan yang sepatutnya seperti bantuan sewa rumah, bantuan perubatan, bantuan makanan dan lain-lain mengikut keperluan. 


Jujurnya aku rasa lega sangat dan rasa beban tanggungjawab yang aku pikul pada asalnya telah diambil alih oleh mereka yang sepatutnya. 


So gais memandangakan dah nak masuk akhir tahun 2021 , rasanya dah boleh kot kita buat kira-kira untuk keluarkan zakat. 


Bayar Zakat Secara Online Dengan GoPayz


Bagi yang tak ada masa nak bayar ke pejabat atau nak risau nak keluar di zaman virus ni korang boleh jer bayar secara online. Lebih mudah , cepat dan selamat.


Salah satu cara pembayaran online yang korang boleh buat ialah dengan menggunakan aplikasi GoPayz. 



Jadi apakah lagi alasan untuk kita tidak berzakat ? 

Cara nak bayar pun mudah sahaja : 


1. Daftar masuk aplikasi GoPayz (www.gopayz.com.my) di App Store atau Play Store
2. Tekan Services > Islamic > Zakat > Lembaga Zakat Selangor
3. Lengkapkan butiran/maklumat yang diminta
4. Anda akan dibawa ke laman “Lafaz Niat Bayar Zakat” & Sila tekan “Terus Bayaran”
5. Pilih Cara pembayaran untuk melengkapkan transaksi

6. Selesai 



Kempen Bayar Zakat "Menang & Kongsi"


Bukan itu sahaja , ada lagi berita baik yang aku nak kongsi.Kini LZS sedang mengadakan kempen Jom Tunai Zakat "Menang & Kongsi".

Yang bagusnya para pemenang bukan sahaja menang sendirian tapi boleh berkongsi hadiah kemenanga tersebut bersama asnaf yang terpilih.

Kempen bermula dari 15 November hingga 31 Disember 2021.

Contohnya begini, let say korang bayar zakat pastu ditakdirkan rezekinya korang pun menang Rm1500 so 50% dari hadiah kemenangan tu akan diberi kepada asnaf. 


Link Peraduan : My2point5 Zakat Selangor






Maklumat lanjut di : 

Website : Zakat Selangor

Facebook : Lembaga Zakat Selangor 

Instagram : @zakatselangor