Assalamualaikum.....
Lepas satu....satu2 hal lagi muncul....semua nak bikin hot topik.....haishhhh
Cenggini.....ada satu bidio baru jer aku tengok kat pesbuk....ala bidio Tazkirah Sham Kamikaze kat TV Al-Hijrah dengan tajuk Hadiah Kepada Si Mati...
Aku bukan nak bahas apatah lagi pertikaikan segala kata2nya yang berlandaskan hadis2 yg sahih beserta nas dan dalil2nya....aku tak layak okayyy....nak menggunakan istilah2 agama juga jauh sekali aku tak pandai....
Tapi aku nak kongsi satu isi kandungan buku yg aku baca...aku beli buku ni beberapa bulan selepas perginya arwah abah mertua yg sangat2 aku kasihi...

Aku hampir tak dapat menerima hakikat sebuah kematian yg pasti...puas aku pujuk hati aku untuk redha dan tabah...tapi tetap juga aku merasa hiba dan terkilan kerana aku belum bersedia kehilangan beliau....walau aku tahu pasti ada hikmah pasti ada sebab dan aku tahu juga akan firman Allah yg bermaksud sesungguhnya tiap2 yg bernyawa pasti akan merasai mati.... tapi entahlah...mungkinkah aku belum berjumpa dengan cara yg sesuai untuk aku menerima hakikat sebuah kematian...
Dalam diam aku sentiasa menangisi kepergian arwah.....sebab hati aku belum cukup puas untuk berkhidmat dan berbakti padanya...walau arwah cuma bapa mertua aku untuk tempoh 8 tahun sejak aku berkhawin dengan inchik dd...tapi tak pernah pulak rasa aku ini menantunya...malah kedua mertua aku cukup sayang dan kasihkan aku lebih dari anak2nya sendiri.....itulah yang aku rasa walau diorang tak kata...
Lepas aku baca buku ni...aku mula memahami apa yg terjadi di alam sana sedikit demi sedikit....dan sehingga habis baca pun aku masih tetap akan baca bila2 ada masa lapang...apa yg tertulis didalamnya buat aku senyum dan lega serta berlapang hati menerimanya....hati aku kembali ceria....bila selesai baca juga aku sedar aku tak perlu untuk merasa hiba dan sedih yang teramat dan keterlaluan kerana arwah telah pun berada ditempat yang sebaik-baiknya...doa dan sedekah tak pernah putus untuknya....lagipun boleh nak dikatakan hampir setiap hari aku mesti melalui perkuburan dimana arwah disemadikan...
Makanya pada entry aku yang ini...aku harap aku dapat berkongsi apa yang aku baca...mana tau mungkin ketika ini ada ati yang tak tenteram megenangkan Tazkirah beliau samada sampai atau paala bacaan Al-Fatihah dan apa saja untuk para arwah2 yang kita kasihi....
InsyaAllah jika ada masa lagi aku akan tulis lagi satu tajuk dalam buku ni tentang " Apa Yang Ditinggal Dan Apa yang Dibawa Ke Kubur "
Percayalah banyak manfaatnya......

Tajuk :- Misteri Alam Arwah
Penyusun :- Abu Sulaiman Ad Darani
Terbitan :- Jasmin Enterprise
B. Membaca Al-Quran Di Kuburan , Pahala Bacaan Al-Quran , Doa , Istighfar Dan Sedekah...m/s 164
Imam Ahmad Bin Hanbal ra. berkata maksudnya :
"apabila kamu memasuki suatu perkuburan hendaklah kamu membaca Fatihatul - Kitab , Mu'awwidzatin ( Al-Falaq dan An-Nas ) dan Al-Ikhlas , jadikanlah pahala bacaan itu untuk ahli kubur , kerana sesungguhnya pahala tersebut akan sampai kepada mereka "
Sebelum ini, beliau mengingkari tentang sampainya pahala dari yang hidup kepada mati. Tetapi setelah beliau mengadakan pembicaraan dengan orang2 terpecaya yang menyatakan bahawa Sayidina Umar Ibnul-Khattab ra. telah menwasiatkan, apabila mayat telah dikebumikan supaya membaca disamping kepalanya Fatihatul Kitab ( Al- Fatihah ) dan akhir surah Al-Baqarah.Wasiat itu beliau ulangi berkali -kali.
Telah sampai kepada kami ,dari Syekh 'Izzuddin Bin Abdus -Salam rahimahullah, bahawa beliau tidak sependapat ( ingkar ) tentang pahala bacaan boleh sampai kepada yang telah meninggal dunia dengan alasan bunyi Al-Quran "wa an laisa lilinsani illa ma sa'a ( dan tidaklah untuk manusia itu kecuali apa yang dia usahakan ) . Namun demikian , setelah beliau meninggal sebahagian sahabat2 beliau bermimpi bertemu beliau ( Syekh 'Izzuddin bin Abdus-Salam ) lalu beliau menanyakan hal tersebut .Syekh 'Izzuddin menjawab : "Aku telah rujuk terhadap apa yang pernah aku katakan ,yakni tidak sampainya pahala kepada orang yang telah meninggal dunia dari orang yang hidup .Sekarang aku melihat sendiri ,setelah aku berada didalam kubur bahawa pahala itu benar2 sampai" .
Hal itu dikuatkan oleh hadith yang diriwayatkan oleh Al-Hafizh As-Salafi : "siapa yang berjalan melalui perkuburan maka ia membaca surah Al-Ikhlas sebelas kali dengan niat memberikan pahalanya kepada ahli kubur."
Imam Hasan Bashri ra. berkata maksudnya :
"siapa yang memasuki suatu daerah pemakaman ( perkuburan ) maka ia berkata :" allahumma rabba hadzihil ajsadal baliyata wal 'izhoman-nakhrata mu'minatan ,allahumma fadkhul 'alaiha rauhan minka wasalaman minni " ditulis kebaikan2utuk yang membaca itu sebanyak mereka yang ada di perkuburan itu. "
Imam Qurthubie ra. berkata : "sesungguhnya telah sepakat ( ijma' ) para ulam tentang sampainya pahala sedekah untuk orang yang tela mati , maka demikian pula bacaan Al-Quran ,doa dan istighfar ,semuanya boleh diertikan sedekah . Pendapat ini dikuatkan dengan adanya sebuah hadith yang berbunyi : "kullu ma'rufin shodaqah " ( tiap2 perbuatan baik itu adalah sedekah ) , hal itu tidak dikhususkan dalam bentuk sedekah harta sahaja .Untuk itu dikuatkan pula dengan sebuah adith Rasulullah SAW maksudnya :
"Orang mati,di kuburan'nya seperti orang yang tenggelam kepayahan , menunggu doa orang menemuinya : Ayahnya , saudara2nya atau kawan2nya .Apabila orang yang tenggelam tadi berjumpa dengan hasil doa itu , seakan-akan lebih dia senangi daripada dunia dengan segala isinya . Sesungguhnya hadiah orang yang hidup kepada yang mati adalah doa dan istighfar."
Diceritakan orang dari Imam asan Bashri ra. adala seorang perempuan ,diseksa di kuburnya.Setiap orang bermimpi melihat perempuan itu dalam keadaan demikian .Kemudian ramai orang yang melihat di dalam mimpinya , perempuan itu dalam keadaan yang menyenangkan/kenikmatan.lalu ada yang bertanya kepada perempuan itu : "apa sebabnya anda boleh mendapatkan kenikmatan ini ? " Si perempuan tu menjawab : " ada seorang lelaki berjalan melalui kuburan kami ,lalu dia membaca Al-Fatiah dan selawat untuk Nabi dan dia hadiakan paalanya itu untuk kami , padahal di perkuburan itu ada sekitar 560 orang yang diseksa .Tiba2 terdengar seruan : "berhentikanlah seksaan untuk mereka dengan berkat selawat dari lelaki yang lalu di perkuburan ini ."
Diceritakan dari Al-Harts bin Minhal , beliau berkata : " aku berkunjung ke Jabanah , ketika aku sedang berada di satu Mihrab, aku mengantuk sekali dan tertidur.Di Mihrab itu ada kuburan,Waktu itu ( dalam mimpi ) aku mendengar suara gemerincing besi yang dipukulkan kepada ahli kubur itu , dan di lehernya ada rantai melilit , mukanya hitam dan matanya biru. Dia berkata : " Alangkah celakanya aku ini , adakah ahli dunia yang boleh melepaskan aku dari seksaan ini , kalau ahli /penduduk dunia yang boleh melihat keadaanku ? adakah yang boleh memberikan khabar kepada keluargaku tentang keadaanku ini ?" Lalu aku terbangun dari tidur dengan rasa takut . Aku datang kepada keluarganya yang mempunyai tiga anak perempuan , dan aku beritaukan mimpiku itu . Mereka segera mendatangi kubur ayahnya sambil menangis dan memohon kepada Allah , agar Alllah memberikan ampun kepada ayahnya .
Beberapa hari kemudian , aku tertidur lagi di sisi kubur orang itu . aku lihat keadaannya yang menyenangkan , di kepalanya terpasang makhota penuh permata menyilaukan mata , di kakinya sepasang selipar daripada emas . ia berkata kepadaku : " semoga Alla memberika balasan padamu dengan ganjaran yang sebaik-baiknya , di mana anda telah memberitau anak2ku dan sahabat2ku , seingga memreka memoon ampun untukku dan berdoa untukku . "
Cerita2 seperti ini banyak sekali dan cukup dikenal dalam kitab2. Wallahu a'lam.....
Okaylah....harap mata hati korang akan lebih terbuka luas pas baca entry ni.....jangan dimarah atau dihina atau dikutuk beliau...apa yg disampaikan beliau tu benar cuma dia kurang buat kajian dan pembacaan....ilmu itukan luas...takkan habis dan kurang sampai bila2....
Berlapang dadalah kita dalam menerima kekurangan seseorang....semoga orang lain juga bisa menerima kekurangan kita juga....
Wasalammmmmm.....
No comments:
Post a Comment