Wednesday, August 21, 2013

Bila Skybox Ada Masaalah...Aku Juga Yang Kena Marah

Assalamualaikum....

Salam aidilfitri...

Maaf diatas segala kelewatan membalas segala email dan pertanyaan tentang skybox....dikesempatan ini aku nak umumkan bahawa buat masa ini dan mungkin agak lama juga skybox tidak dapat diakses dari mana2 dekoder skybox samada f3,m3 atau f5...kenapa dan mengapa sebabnya tidak dapat diketahui....termasuk juga bila dan berapa lama ianya akan pulih juga tidak aku ketahui....masalah ini berlaku pada semua provider line skybox semalaysia....



Jadi maaf jika tiada balasan email dari aku pada yg bertanya tentang harga skybox kerana buat masa ini penjuaan skybox terhenti secara tiba2 kerana masaalah ini......bukan sebab sombong atau tak nak layan...tetapi sebab memang tak guna nak jual kalau tak boleh digunakan....masaalah ini berlaku tanpa amaran...

Harap juga faham pada mana2 individu yg dah terbeli skybox dengan aku....aku tak pernah paksa sesiapapun untuk beli skybox dengan aku....sebelum aku jual aku dah kata awal2....sila gugel apa itu skybox....yakin dan percaya baru boleh buat urusan jual beli dengan aku....

---> sila rujuk entry sebelum2 ni
http://dila79inperson.blogspot.com/2013/03/skybox-f3-yang-osemmmm.html

Makanya jika secara tiba2 ada perkara yang tak terancang dan dirancang oleh aku atau sesiapa terjadi masaalah..... janganlah pulak nak salahkan aku kata aku scam dan blablabla...menghantam aku secara mengkhinzir buta...menanya macam akulah yg provider line skybox.......aku memang tak dapek nak layan atau menjawab....kalau tanya baik2 aku akan jawab baik....tapi kalau tanya macam nak cari gaduh pun aku tetap layan dengan baik....( itupun tetap ada yang tak puas hati...) aku bagitahu apa yg aku tahu dan terangkan apa yg kawan jelaskan....sefaham dan seingat aku.....aku tak pernah memberi apa2 jaminan dari segi apapun...setakat bantuan teknikal menanya pada yg sepatutnya kenapa terjadi scramble pada skybox tu bolehlah.....senang cerita kalau sky box korang tak berfungsi maka skybox aku pun sama juga....takder pilih kasih dalam hal ni....

Terakhir sekali aku nak bagitahu...aku tak pernah menawarkan jaminan pulangan wang kepada sesiapapun yg membeli skybox dengan aku...dan aku rasa semua penjual skybox pun takder membuat jaminan pulangan wang....untuk pengetahuan aku cuma jualkan dekoder skybox dan ambik upah pasang jer....duit jual dekoder skybox tu aku beri pada tuan punya dekoder....bukan aku yang ambik.....kalau boleh aku jugak nak wang aku balik....tapi tolong jangan jadi macam org tak penah beli barang....konsep sama...apapun semua brg yg dah dibeli tidak boleh dipulangkan....tukar mungkin boleh dengan yg sama nilai....tapi dalam kes skybox ni sangatlah tak sama.....oleh kerana tuan punya dekoder dah amanahkan kat aku supaya menjaga privasi dia...maka...biar ada yang maki2 aku minta nombor telefon dia...aku tetap tak boleh bagi.....lagipun untuk apa guna ambik nombor telefon dia jika satu malaysia sedang hadapi masaalah yg sama....???

Sayangnya....hanya segelintir yg memahami maksud dah jual tak boleh pulang balik.....masa syok pakai...satu bunyi pun takder....bila ada masaalah pung pang pung pang bising2 cakap tak puas hatilah...rasa tertipulah....nak duit balik tu yg aku tak boleh layan.....padahal awal2 aku dah cakap.....sila cari maklumat skybox kat internet.....alkisah kata guna unifi....apalagi...silalah google sampai paham......ayoyoyoyo....macam tak pernah beli barang pulak....apa dia pikir kalau dah guna pakai sesuatu barang tu bila rasa cam tak suka atau tak berbaloi boleh main tukar jer kerrrr....itu macam kalu....semua orang syoklah....dah beli barang...pakai 2 3 bulan rasa jemu dah tak syok...pastu pulangkan kat kedai minta duit balik.....giler ker haperrrrrr.....??

Sudahnya aku pun malas nak layan....sebab macam tak faham bahasa pun yer.....kalau org faham bahasa sekali dua cakap dah faham.....ada yang siap minta maaf kat aku berulang kali sebab asyik tanya....asyik tanya tu aku tak kisah kalau bahasa tu sedap dibaca dan di tanya....sebab aku jadi sedap hati dan sedap bahasa juga nak menjawab......nak memaki hamun sebab menjawab pertanyaan org2 yg kurang ajar itu plak bukan cara aku....

Dah....itu jer aku nak cakap dan bagitahu....buat masa skang ni...simpan jerlah dulu dekoder skybox tu dalam kotaknya...ada rezeki bersambung balik linenya...maka bersambunglah.....kalau tak itu tetap bukan salah aku....apa saja benda yg tak mendatangkan untung pada kerajaan dan kroni2nya itu semua adalah HARAM.....apa faham .....???

Jadi nasihat aku yg terakhir kali ini....sebelum membeli apa saja barang sila rajin2kan gugel....jangan malas....kalau dah malas sangat jangan pakai UNIFI......bazir jerrrrrrrr

Okayyyy...sebelum aku mengakhiri drama korea jawa ni.....aku nak korang baca komen dan pendapat serta jalan penyelesaian yg aku tak berapa pasti jadi ker tak...aku rasa aku akan test untuk sebulan tengok camner....kalau ok aku boleh war2kan...kalau tak aku akan buat derk jerrrr.....

rujuk sini ---> http://skyboxs.blogspot.com/2013/04/scrambled-cara-penyelesaian.html

rujuk sini ---> http://skyboxs.blogspot.com/2013/04/scrambled-cara-penyelesaian.html


---> masih tak puas hati....??? masih nak maki hamun...??? sila email ker dila12379@gmail.com

1 comment:

Anonymous said...

kalau nak yg dah jalan.. server ada jual dah.. rm30 sebulan kat https://www.facebook.com/mrm2u

reseller juga welcome..