Monday, October 19, 2015

Bapak Dia Yang Buat Salah...Bapak Kita Pulak Yang Kena Marah

Serius aku tak pernah nak ambik tahu dah pasal politik nih.....zaman aku aktif sembang pasal politik cam dah berkubur semenjak banyak macai2 kat facebook aku dah disekolahkan.....

Dah memang benar pun takder yang benarnya puak2 macai nak pertahankan ketua diorang yang mabuk ketum bertahun tahun.....

Lama2 pengikut sendiri pun fedap dan gibab....mana leh tahan...lagi pertahan lagi kena tekan....

Aku ni lagi angin sebab kalau ikutkan mana tol LDP depan rumah aku tu tak naik.....dan2 aku lalu... tu diaaaaaa......rm2.10....naik 60sen ko.....tak rasa nak marah ker...?? 

Tapi apa boleh buat...ko ikut jalan tepi pun kos minyak jugak.....kat depan lagi tak boleh elak tol dah....sana sini dihimpit tol....

Memang betul apa yang kerajaan Kelantan buat...takder TOL.....walaupun jauh nak kesana... kurang2 tak jammed dan tak sakit hati sangat sebab kena bayar TOL....

Selangor memang NEGERI TOL...kerajaan pusat memang betul2 cari makan kat Selangor......AES , TOL dan blablablabla.......

Macai2...nah baca apa bapak korang cakap......baca hadam print dan tampal kat dahi....ini janji bapak korang bukan bapak aku......





Rujuk :Tol naik, apa Azmin buat ? soal Pemuda Umno


AMPANG - Susulan kenaikan kadar tol di 18 lebuh raya di seluruh negara dengan 12 daripadanya di Lembah Klang, Pemuda Umno Ampang menuntut tindakan segera Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali.
Ketuanya, Muhamad Nizam Shith berkata, kenaikan yang melampau itu membuatkan golongan bawahan dan pertengahan termasuk anak muda tertekan.
"Kali ini (kenaikan tol) RM1 ke RM1.50. Hari ini tol sudah cecah RM2.50, RM3, RM3.5. Amboi...apa kerajaan negeri buat? Apa menteri besar buat?
"Tolonglah, kita ini rakyat bawahan, rakyat pertengahan yang memerlukan kebajikan daripada kerajaan negeri yang sepatutnya disalurkan," katanya ketika berucap pada Perhimpunan Selamatkan Selangor di sini, hari ini.
Sebelum ini, beberapa syarikat konsesi lebuh raya utama termasuk di Lembah Klang mengumumkan kenaikan kadar tol antara 10 sen dan RM6 berkuatkuasa Khamis lalu.
Mengulas lanjut, Muhamad Nizam berkata, ketika BN memerintah Selangor, kenaikan kadar tol hanya 10 sen atau 20 sen yang mampu dibayar oleh rakyat.
"Rupa-rupanya kerajaan Selangor ada 'share' dalam semua tol-tol di negeri ini melalui anak syarikatnya. Hari ini tol naik melampau. Kalau dulu, zaman kita (BN) memerintah, tol naik 10 sen...20 sen sahaja.
"Tak ada hal punya. Kita anak muda, 50 sen pun kita boleh bayar. Hari ini, kita rasa tertindas. Anak muda di Selangor, rata-ratanya termasuk di Ampang, rasa tertindas. Jadi, kita minta kerajaan negeri tolong tengok.
"Kalau tak boleh, turun. Habis cerita. Kita boleh naikkan orang lain," katanya.
Sebelum ini, kerajaan negeri Selangor dilaporkan menolak kenaikan kadar tol itu berikutan kos sara hidup yang meningkat pada masa ini.
Azmin dikatakan telah meminta Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Kumpulan Perangsang Selangor (KPS) Berhad mengadakan pertemuan dengan Kesas Sdn Bhd dan Sistem Penyuraian Trafik KL Barat Holdings Sdn Bhd bagi menyuarakan bantahan itu.

Pastu aku baca gak komen2 kat bawah artikel tu....memang rata2 marah dan persoalkan...tapi...namapun macai...diman-mana pun ada...pastu tak habis2 nak up isu racist.....bangsa ko sendiri buat hal ko nak salahkan bangsa lain.....apakah bodoh sangat nihhh.....

Dan jika tak puas hati...sila ikut saranan dibawah.....inilah Menteri Malaysia ......aku sayang Malaysia...tapi dapat Menteri semua spesis lahanat....nak2 Menteri UMNO/BN......semua dah jadi bodoh .....

Walaupun aku tak pandai tapi taklah jugak bodoh sampai terang2 tindas rakyat....

Aku masih boleh survive insyaAllah...yang lain2 camner....?? jangan pikir tekak ko sorang jer....




Jangan cakap aku tak hormat pemimpin sedangkan pemimpin langsung tak hormat dan kasihkan rakyat......paham tak...??

Lu pikirlah sendiri macai....kalau bersatu insyaAllah nasib anak cucu akan datang pasti terbela....

Kalau gini kekdahnya....sampai kesudah kita sendiri akan dijajah dan tak hairan juga kita bakal mengemis dibumi sendiri......


No comments: