Showing posts with label aku dan. Show all posts
Showing posts with label aku dan. Show all posts

Friday, August 3, 2012

Syukur....Luka Semalam Sembuh Juga Akhirnya

Assalamualaikum di pagi jumaat ramadhan yg mulia ni....semoga kita semua dipayungi kasih sayang dan rahmat olehNya...

Pagi ni aku tak sambung tidur seperti selalu....mind set selepas subuh anak gi sekolah aku mesti sambung tidor balik dalam sejam dua tiga....pagi ni tak langsung sampai buntu tak tau nak watper....perkara2 ibadah tu tak yah sebut kat sini...tu diam2 sudah...janji allah lihat dan malaikat dah tag apa yg aku buat....

Dalam pada aku meronda blog...skodeng fb orang lain yg tak reti nak set private...tetiba aku rasa cam terpanggil nak tengok blog aku sendiri....errr siriyusli aku memang dah lama giler tak post entry dan tak tengok blog sendiri....ada yg kat atas2 aku post tu semua aku post guna iphone....view iphone agak terbatas jadi aku cuma tulis entry dan publish sahaja....takder masa nak BW dan follow org punya blog....tapi hari ni aku dah folllow dua blog dengan sengaja....

Blog Pertama ---> anglewearsgucci lawan kepada evilwearsprada

Blog KeTua ---> theredrambutan penjual buah paling kaya di yangon


Okay....ini jer dua biji blog yg aku suka baca buat hari ni...sambil2 korang skodeng blog berdua tu...aku nak bagitah yg luka hati aku dah sembuh....luka hati yg terluka sejak bertahun lamanya...jadi dengan kesembuhan ini ku hilangkang juga parut yg berbekas agar tak terkesan lagi dihati....aku kikis segala kesan yg melekat...ku suntik kolagen dihati ini agar kesannya tak kelihatan sehingga keakhir hayat....

Sehingga semalam aku masih simpan harapan...tapi hari ni rela aku lepaskan...biarlah aku dicacah dengan ungkapan penghinaan dari dia...aku kaitkan penghinaan darinya untuk dijadikan sebuah makhota penghormatan dan pakaian ketabahan...aku berterima kasih kepada Allah kerana melihatkan aku wajah hati dia yg sebenarnya....

Akhir ini aku kalungkan ucapan terima kasih padanya dan keluarganya kerana mereka aku lebih menghargai apa erti keikhlasan dan bayar budi...budi mereka biarlah Allah membalasnya...salah mereka aku redhakan...

Selamat menjadi manusia yg lebih baik dari yang semalam....!!!




Wednesday, March 16, 2011

Memang Sah....

Baru2 baru ni aku gi majlis aqiqah anak kawan aku kat belah sinun2 nun....dalam pada tu aku borak2 lah ngan mak kawan aku yang memang aku kenal sejak aku kecil lagi sebab dia pernah mengasuh aku....biasanya tiap kali raya atau ada apa2 majlis kenduri aku pasti akan hadir bila dijemput....tapi sejak kejadian dua tahun lepas tu aku langsung dah tak menjejakkan kaki ke belah2 sana....dalam berjumpa tu mak kawan aku tu ambil kesempatan bertanya pada aku kenapa aku dah tak balik ke sana jumpa2 diorang....memula aku cuma jawab "entahlah..."nak aku jawab lebih2 plak takutnya mak kawan aku tu dah terjoin diorang punya komuniti....kang aku yang kena balik plak....pastu mak kawan aku bukak cerita yang dia dah tak tahu nak buat macamana lagi ngan keluarga diorang....bila ditegur dia tegur kita balik....kita jer yang salah dia jer yang betul....alih2 mak kawan aku cakap memang diorang sekeluarga tu dah sesat....yang menanggung siksanya sekarang ialah abang kandung mak kawan aku  yang terpaksa membiarkan perkara2 sesat semua tu berlaku di depan matanya....sungguhpun badannya lumpuh tapi apakah kita tahu yang hati jiwa perasaannya mungkin mindanya tidak mati....

Kalau mengikut diorang punya ajaran...surah yasin tak boleh dibaca....kalau dibaca alamatnya akan timbulah khadam....khadam yang macamana aku tak tahu lah pulak.....dan lagi katanya kenapa mesti kiter baca yasin sedangkan yasin tu Allah bercerita dengan kita ini kita bercerita ngan Allah pulak....ajaran diorang lagi....cukup hanya berselawat jer tak payah baca Al-quran.....aku pun tak paham apa yang diorang repekkan ni....nampak gaya kata mak kawan aku ni....diorang ni bersungguh-sungguh nak kembangkan ajaran diorang...dari segi zahir kita akan nampak diorang ni cam biasa2 jer.....sudah kenal baru tahu....kalau iman kita ni tak kuat dan tak dipelihara oleh Allah SWT.....alamatnya kita pasti akan mengiakan dan akhirnya jadi pengikut ajaran mereka....

Itulah antara sebab2 aku menjaukan diri dari mereka...bukan niat memutus silaturahim tetapi demi menyelamatkan iman dan akidah aku sekeluarga....

Insyallah lepas ni aku nak cuba rujuk perkara ni kepada pihak yang lebih bijak pandai untuk menyelesaikan masaalah ajaran sesat ni....dulu aku rasa mungkin itu hanya sementara tapi nampaknya kini sudah semakin berlanjutan dan parah....eloklah mereka tu ditarbiah kembali oleh seseorangyang mempunyai kehebatan untuk berhujah dengan mereka...sebab mereka semua tu kuat melawan....kalo tak pandai jawab alamatnya kita balik yang dipanggil sesat dengan mereka ....

Walhal dulu aku hanya baca2 kat buku Mastika dan dengar jer kat tv pasal ajaran sesat ni....skang perkara ni berlaku pada keluarga yang aku kenal....dari jauh aku masih berharap semoga Allah membuka pintu taubat untuk mereka sekeluraga dan memberi hidayah dan cahaya agar mereka sekeluarga kembali ke jalan yang lebih diredhai.....

Friday, March 11, 2011

Mama....Kita Kaya Atau Miskin....???

                                                                         sumber google

Soalan sentap dari anak pada satu hari itu....

Kayakah kau...dan miskinkah aku....??? kalo ikutkan aku....aku cuma nak jadi seorang yang low profile....

Buleh ker....??? buleh buleh....skang pun aku tengah hidup dalam keadaan serba serbi sederhana.....yang penting hari2 makan nasi....aku tak pernah rasa susah hati kerana tak kaya2 cam orang lain walaupun sudah berusaha ....adapun aku selalu takut untuk jadi kaya adalah....selalu aku dengar kat radio atau tv ada hadis yang menyebut tentang penyakit orang kaya...."penyakit orang kaya ialah sombong.....berbahagialah bila kita menjadi orang miskin...." aku tak kata semua orang kaya tu sombong....tapi dalam banyak2 orang kaya yang aku jumpa dan kenal sangat2 jarang dapat jumpa orang kaya yang low profile.....camner pun dia nak buat ala2 low profile....sombongya tetap tak bleh sorok...mungkin pada gaya atau cara dia bercakap....mesti ada bau2 sombonglah.....dan lagi adapun orang kaya biasanya mempunyai satu sindrom yang dipanggil syak wasangka yang amat tinggi pada orang miskin.....kalo org miskin tu baik dengannya atau cuba nak kenal2 rapat dengannya.....mesti dia ingat orang miskin tu nak duit dia nak share harta dia nak minta tolong dia nak pinjam duit dia....betul2 cam bangsat punya pikiran....dia lupa bahawa segala harta dan kekayaan yang dimiliki nya itu semua datang dari Allah SWT....sekali Allah tarik engkau punya harta....silap2 engkau akan jadi lebih miskin dari orang miskin....satu hadis...."dalam harta orang kaya terdapat hak untuk orang miskin...."

Tetiba aku jadi bengang plak ngan orang kaya ni.....sebab itu jugak aku tak berapa nak kawan ngan orang kaya2 ni....takut berjangkit plak pay'ell sombong diorang kat aku......takut beb.....

Aku tak kisah sebenarnya ngan orang kaya ni....aku tak kisah diorang boleh beli apa saja benda yang diorang suka....dan aku pun tak kisah juga kalo diorang nak menunjuk-nunjuk harta benda diorang..... tetapi jangan sesekali diorang cuba menghina orang lain yang tak kaya cam diorang.....itu yang buat aku hangin dan rasa nak bukak kitab kat diorang.....aku cakap bedasarkan pengalaman aku sendiri....walaupun hati aku pedih tapi aku tetap senyum dan bersyukur dengan apa yang ada....dalam hati aku cuma rasa kasihan pada mereka2 itu yang hatinya telah dibutakan dan disesatkan oleh harta kakayaannya sendiri....kasihan sungguh.....

Kadang anak2 aku pun menjadi mangsa pertanyaan dengan anak2 orang kaya sombong ni....sampai2nya anak aku tanya kat aku gini...."mama...kita orang kaya ker miskin mama....??? sebagai emak hati mana yang tak jadi rawan mendengar pertanyaan anak yang tak mengerti apa itu kaya apa itu miskin....namun aku jawab juga dengan panjang lebar agar anak2 faham...."sayang....kita bukan orang kaya dan kita juga bukan orang miskin....kita dalam kategori sederhana.....walaupun kita takder rumah besar....tapi kita cukup makan pakai dan segala keperluan...Nabi suka orang yang bersederhana....tak guna jadi orang kaya kalo ada sifat sombong....Nabi tak suka dan Allah pun tak suka dengan orang sombong.....kita kena bersyukur dengan apa yang kita ada....hari2 kita dapat makan nasi....orang lain belum tentu dapat makan hari2....rumah kita ada tv......kita ada kenderaan....kakak boleh pergi sekolah....boleh makan kfc....boleh beli mainan.....dan macam2 lagi....jadi lepas ni kalo ada kawan2 kakak cakap kakak miskin.....kakak cakap padanya..... alhamdullilah...."

Semenjak dari hari itu dah takder soalan pasal kita kaya atau miskin...kakak pasti akan cakap dan selalu menasihati adik2nya supaya bersyukur dengan apa yang ada.....dan selalu juga dia ulang balik apa yang aku cakap padanya...."mama kita ni orang sederhana kan mama...." aku pun..."iaaa....sayang....kita orang sederhana...."

Kesimpulannya aku bukan tak nak kawan dengan orang kaya tapi orang kaya yang tak nak kawan ngan aku....hahahaha

Tak tak tak....gurau jer....bukan aku tak nak bergaul dengan orang kaya nih tetapi aku takut diorang punya pikiran jadi negatif....asik pikir nanti orang miskin nih nak mintak harta dia jer.....kesian plak aku dengan orang kaya nih....mahu tak lena nak tidur malam sebab takut hartanya kena kikis kalo kawan ngan orang miskin....hahahaha kesian...... padahal orang miskin tidur sedap jer....tak kisah apa pun dan tak takut pada pencuri mahupun perompak....

Okaylah.....sampai takat ni jer idea miskin yang dapat aku sampaikan....orang kaya jangan kecik hati yer....kalo kecik hati pergi shopping kayyy....mesti tak kecik hati lagi......tak kisah kaya janji jangan sombong....tapi kalo miskin pun jangan sombong jugak...."Allah benci orang kaya yang sombong...tetapi Allah lebih benci lagi orang miskin yang sombong...."

Assalamualaikumm......

Friday, February 25, 2011

Doa Seorang Ibu....

Salam sejahtera semua...lama benor tak post entry....bukan setakat masa jer yang takder.....yang sebenarnya brodben yang tak ada...sebelum belum ni...brodben pakai sorang sebiji....tapi aku pinjamkan brodben aku kat anak buah aku yang tahun ni akan amik UPSR....banyaklah benda yang dia nak cari kat internet....biarlah janji dia belajar udah....akhirnya siang ku kosong tanpa internet...menjelang malam didi pulang barulah aku berpeluang mencelah di celahan graf forex yang turun naik untungnya takderlah pulak untuk bulan ini atau pun tahun ni kot....entahlah...aku dah tak ambik tahu langsung urusan forex memorex didi....baik aku layan resepi buat kek atau lauk yang sedap2....

Oppp...jap jap... lari tajuk pulak...sebenarnya lagi kan...aku nak sampaikan berita baik pada semua yang sudi mendoakan kelancaran hal yang ini dengan yang ini....dengan tak disangka...semalam pagi didi call aku dengan gembira memberitahu ada perkhabaran baik dari kwsp bahawa cek sudah sedia untuk dikolek.....aku terus bersyukur yang tak terhingga...serasa nak mengalir air mata ni....walaupun wang itu bakal bertukar tangan pada syarikat didi...yang penting takderlah didi punya gaji kena potong sampai  tiap2 bulan selama 2 tahun lebih sebab nak bayar balik kos rawatan yang syarikat didi telah bayarkan dulu....

Dalam pada tu aku segera teringatkan mak...aku pun call mak dan aku bagitahu yang kwsp dah keluarkan cek....pastu makpun cakap....malam tadi baru mak baca yasin..sampai ayat "mubin" mak minta supaya dipercepatkan urusan korang berdua....dalam Surah Yasin ada 7 kali ayat "mubin"....tujuh kali'lah mak doakan....

Aku terus rasa berkat doa emak'lah urusan yang sepatutnya mengambil masa tiga minggu atau mungkin lebih terus jadi cepat....aku sangat2 bersyukur kepada Allah SWT kerana telah mengabulkan doa2 orang yang berdoa untuk aku....aku yakin dengan doa emak yang ikhlas dan penuh dengan kasih sayang untuk kebaikkan anak2nya....walaupun aku cuma menantu emak...tetapi mak dan abah tak pernah membezakan aku....kadang2 sampai aku terasa yang aku ni telah dilahirkan oleh emak pulak....aku rasa mak ngan abah sayang aku lagi lebih kot dari yang lain2....hakikat aku tak tahu...cuma aku hanya merasanya sahaja.....

Lihatlah sendiri bertapa besarnya bertapa hebatnya doa seorang ibu untuk anak2nya...kalaulah semua ibu mendoakan yang terbaik untuk anak2nya...aku rasa semua anak pasti akan berjaya selamat dunia dan akhirat....tapi ingat yer....restu ibu adalah restu allah....murka ibu adalah murka allah juga....tapi agak2lah kan....ibu plak jangan nak ambil kesempatan menggunakan "Syuga Dibawah Tapak Kaki Ibu "untuk menyuruh anak2 melakukan perkara yang tak baik....ingat Allah tak tahu ker...???

So...anak2 semua dah tidur...ada sorang budak namanya cinta pun dah tertonggeng kat riba mamanya.....nak mintak kelon lah tu....

Esok2 aku uplod cek resit dari kwsp yang dah selesai tu yer....skang tak sempat....bateri HP ni pun dah nak kong.....

Lastttt....Terim Kasih Allah...terima kasih juga semua pen'Doa.....doa mu yang terbaik untuku allah sahaja yang akan membalasnya....

Friday, December 10, 2010

Aku Dan...

Aku dan....takder pape....sajer nak isu2.....mungkin kalo ada yang biasa datang blog aku mungkin akan perasan tajuk2 entry yang aku gunakan selalunya mestilah bermula dari Aku Dan...bukan takder idea....cuma nak jadikan ianya sebagai identiti untuk blog aku....kalau ada tersama ngan mana2 blogger....itu aku tak tahu......belum pernah plak aku jumpa....kalau korang ada terjumpa almaklumkan kat aku yer....nak jugak aku tahu apa yang ada disebaliknya....

Tapi idakler aku nak buat tajuk Aku Dan.... Aku Dan..... memanjang....kang ada yang kata Aku Dan.... Aku Dan Dah Giler....hahahahaha.....Cuma tajuk Aku Dan....tu buat aku lebih rapat ngan entry yang aku taip.....errr boleh ker gitu....???

Tadikan masa aku jalan2 kat blog orang aku ada terbaca satu lawaklah....lawak tu memang dah besepah-sepah....tuan punya blog tu cuma nak share lawak jer ngan hadirin semua....alih2 ada seorang anti plagiat sembur dia kata tuan punya blog kira cam tak baik lah amik hasil org ....copy paste dan bla...bla lagi anti plagiat tu kata kat tuan punya blog......cam biasa aku tak sanggup tengok org kena kutuk2 kecuali org itu terbukti sohih kesalahannya.....jadi aku pun baliklah kat blog sendiri.....walhal tuan blog itu tidak pun meng'claim kata lawak itu atau cerita itu dia yang punya......

Pendapat akulah.....semua orang ada pendapat masing2....jadi dengarlah pendapat aku ni dulu yer....aku rasa kalau bab cerita2 lawak atau kisah2 teladan....agak susah kita nak kreditkan pada siapa tuannya....andai katalah lawak itu tercipta beratus tahun dahulu....tercipta sebelum ada pen dan kertas....tercipta dari zaman hitam putih televisyen.....camner dan camner....??? perlukah dikreditkan cerita itu pada yang mendengar atau yang menulis atau yang menyampaikan ke kertas dan komputer......

Karya agung lagi di plagiat apatah lagi cerita dikedai kopi......yang mungkin penyampainya ialah seorang penoreh getah...atau seorang penganggur...atau mungkin juga seorang pakcik yang memakai kopiah.....who know's...?? nobody know....but allah will....

Aku plak....pernah juga copy paste....tapi aku copy paste artikel yang jarang didengar....ataupun aku copy paste tentang kisah2 teladan.....aku tak rasa semua orang tak pernah copy paste cerita2 yang ada kat dunia ni kat dalam blognya.....sebesar besar hama pun mesti ada.....mengaku tak...???

Ok....pasni aku nak korek email aku yang banyak isu2 info2 dan kisah2 teladan untuk panduan renungan dan  contoh menjadi seorang manusia....bukan jadi binatang...!!!!

Peace...!!!!

Nota Aku :- Agak2 aku nak kreditkan gambar ni kat sapa.....?? walaupun aku google.....tapi haruskah google yang mendapat nama....??? padahal kat situ ada dia punya link dari mana gambar ini datang.....dan empunya link yang ada gambar ni pun tak tahu dari mana benda ni datang....sebab dia pun google jugak......!!!!!

Hahahahaha.....macam jahat jer bunyi ketawa aku nih.......