Tuesday, December 1, 2015

Bila Budaya Vape Semakin Menular


Isu vape ni kalau dibincangkang memang boleh menimbulkan marah dan disusuli dengan kata-kata sinis dan memaki hamun.

Aku bukanlah vape haters, tapi dek kerana perangai-perangai minoriti vapers tidak menghormati orang lain yang tidak suka asap yang berbau biarpun wangi, maka itu telah menimbulkan rasa sakit hati dan marah kepada orang lain.

Sudahnya vapers beretika pun terpalit sama kena kondem. Mana vapers yang respek hak orang lain serius aku tabik.

Bukan aku takder kawan yang hisap vape, yang smokers pun ada. Tapi alhamdulillah sejauh yang aku kenal diorang respek hak kawan2 yang tidak suka dan tidak boleh bau asap2 rokok maupun vape.

Kalau nak hak korang dihormati silalah hormati hak orang lain yer.
  nasi.

Sultan Johor pun terpaksa bertitah dan sentuh isu vape.



Wanita Melayu Tak Tahu Malu ?

Andai tak dibedung dari sekarang, tu diaakan jadi bagaikan gambar dibawah ini. Hilang sudah nilai-nilai sopan santun wanita melayu. Nak vape sekarang dah tak kira peringkat umur dahh sekarang ni...malu dah takder...dari anak2 baru nak naik sampai ke pangkat makcik2 dan nenek pun selamba menghembus asap bagaikan Naga Bima Sakti. Sedangkan malu juga sebahagian dari iman.

Sesungguhnya aku malu dan mengutuk perbuatan mereka, tak merbahaya bukan bermakna ianya elok.

Rosak budaya, rosak akhlak, rosak bangsa. Walaupun ia hak masing-masing tapi sebaiknya kita jangan menormalkan perkara seperti ini. Aku harap satu hari nanti diorang tahu apa natijah atas perbuatan diorang. Dan semoga ianya hanya bersifat sementara. 





3 comments:

Julia Johari said...

Marah sungguh kak long, mmg pun skrg ramai yang tak peka dengan kesihatan org sekeliling, vape sesuka hati. Sekarang kita nak tegur pun bahaya kak, nanti dia mark kita balik bahaya sis. Apa-apa pun kita jaga keluarga kita kak.

diaripink said...

pernah hidup dengan orang mcm ni. kita yang terasa sakitnya.

Radhia Razali said...

vape ke rokok ke dua-dua saya tak suka..tak ada manfaat malah memberi kemudaratan