Tajuk : The Whole Truth
Negara / Bahasa : Thailand
Tayangan : Netflix
Durasi Filem : 2 jam 5 minit
Ikutkan aku tak suka tengok cerita seram tapi cerita The Whole Truth ni aku boleh tengok sebab dia lebih ke arah cerita misteri. Dan aku memang dah agak kalau cerita Thai ni plot twist dia memang gempak.
Kisah 2 adik beradik Pim dan Putt yang kena duduk dengan atok dan opah yang diorang tak pernah kenal pun dari kecik tapi masa mak (Mai) diorang koma sebab accident barulah atuk ngan opah diorang muncul san ajak diorang tinggal sama.
Masa diorang tinggal kat rumah atuk dan opah diorang macam2 kejadian aneh muncul antaranya lubang dekat dinding.
Lubang tu bila diorang intai nampaklah ada budak kecik dengan darah2. Pegang baby pastu muntah darah dan macam2 lagi.
Bila Mai sedar dari koma Mai terkejut sangat bila dapat tahu anak2nya ada kat rumah tu. Tu dia cepat datang nak ambik anaknya bawak keluar dari rumah tu tapi dihalang dengan ayahnya dengan pistol.
Pim dan Putt pulak nampak sesuatu yang diorang tak sangka bila mengintai dekat lubang tu. Benda yang maknya tak pernah cerita dengan diorang pun diorang tahu lepas mengintai dari lubang tersebut.
Tapi plot twist siapa yang bunuh Kritt iaitu suami Mai dan siapa budak perempuan yang diorang nampak dan macamana budak perempuan tu mati memang tak siapa sangka.
So kesimpulan dari cerita ni ialah , kita soroklah camner pun sesuatu kesalahan tu tapi lambat laun kebenaran pasti akan menjelma. And kadang seseorang itu terpaksa juga sorok kebenaran demi kebaikkan.
Apapun selamat menonton.
No comments:
Post a Comment