Sunday, December 5, 2021

14 Peaks



Tajuk : 14 Peaks 

Tayangan : Netflix

Durasi : 1 Jam 41 minit

Cerita ini lebih kepada kisah sebenar yang di dokumentarikan. Ia tentang seorang warganegara Nepal bernama Nirmal "Nims" Purja @ Nimsdai   yang ingin mendaki gunung2 yang berketinggian 8000 meter ke atas dalam tempoh 7 bulan bersama kawan-kawannya iaitu Mingma David Sherpa, Galjen Sherpa dan Gesman Tamang.

Rekod sebelum ni di pegang oleh orang barat iaitu pendaki dari Poland, Jerzy Kukuczka yang menamatkan pendakian yang sama selepas tujuh tahun 11 bulan dan 14 hari pada tahun 1987 selepas legenda Itali, Reinhold Messner menjadi orang pertama mendaki 14 puncak tersebut setahun sebelumnya. Dan kejayaan Nims ini sekaligus berjaya memecahkan 6 rekod dunia. 

Oleh kerana pada mulanya ramai yang anggap ia satu projek yang mustahil tapi Nims fikir yang sebaliknya, dia percaya ia bukanlah sesuatu yang mustahil jika dia yakin dan mempunyai team yang hebat dikalangan warga Nepal sendiri. 

Maka dia namakan ekspedisi dia sebagai Project Posibble. 

Dia nak seluruh dunia tahu yang mereka warga Nepal bukan sekadar Sherpa (pembantu) atau kalau kat Malaysia kita panggil diorang Malim Gunung tapi mereka juga mampu mengalahkan dunia barat dalam aktiviti mendaki gunung. 

Banyak cabaran yang Nims terpaksa tempuhi dan korbankan. Antaranya ialah bila tak dapat sponsor walaupun dia buat untuk negaranya sendiri. 

So nak tak nak dia terpaksa cagarkan rumah dia sendiri untuk pembiayaan. Part paling susah pulak bila dia tak dapat kebenaran dari pihak China untuk mendaki ke Shishapangma iaitu gunung terakhir yang dia kena daki. 

So dia minta orang ramai hantar petisyen ke kerajaan China supaya bagi pelepasan kepada team Nims masuk mendaki ke Shishapangma. 

Part emosi pulak bila mak dia sakit tenat. Tapi maknya minta dia teruskan walau apapun terjadi. Maknya nak dia berjaya. Dia kata kalau mak dia mati sebelum dia tamatkan ekspedisi tu maka dia juga akan terus berhenti. 

Masa kat puncak Shishapangma orang pertama yang dia call ialah mak dia. Dia bagitahu dekat maknya yang dia dah berjaya tamatkan ekspedisi Project Possible. 

Dan inilah senarai gunung yang dia daki dalam tempoh 7 bulan. Ikutkan yang tepat 6 bulan 6 hari sahaja dan terciptalah rekod dunia yang baru. 

1. Annapurna | 8091m on April 23

2. Dhaulagiri | 8167m on May 12

3. Kanchenjunga | 8586m on May 15

4. Everest | 8858m May 22

5. Lhotse | 8516m May 22

6. Makalu | 8463m May 24

7. Nanga Parbat | 8125m on July 3

8. Gasherbrum 1 | 8068m July 15

9. Gasherbrum 2 | 8035 July 18

10. K2 | 8611m on July 24

11. Broad Peak | 8047m on July 26

12. Cho Oyu | 8201m on Sept. 3

13. Manaslu | 8163m on Sept. 27

14. Shishapangma | 8012m on Oct. 29

Mana yang rasa dirinya tengah down tengah struggle dalam hidup dan rasa susah hati boleh cuba tengok cerita ni sebagai pembakar semangat. 

Mungkin bagi orang lain apa yang kita buat ni kecil dan tak seberapa. Tapi tak apa. Terus lakukan apa yang kita buat kerana hanya kita sahaja yang nampak bertapa ia bermakna dan besar buat diri kita sendiri. 

Selamat Menonton. 

No comments: